Friday, 20 May 2016

Cara nak buat tulisan Bold, Italic dan Tilde di Whatsapp

Assalamualaikum...
Selamat petang semua  πŸŒ‡

Ha nampak tak tajuk post kita kali ni. Sekarangkan tengah trend kan, kat watsapp buat tulisan bold, Italic dan tilde. 😎


Contoh macam kat atas ni. Meh kita ajarkan macam mana nak buat. Maybe da ramai yang tau, tapi kita nak juga share 😜
(Tutorial ni khas untuk orang yang tak tau je, yang da tau duk diam2 ) πŸ˜

TIPS NAK BUAT TULISAN BOLD , ITALICS dan TILDE  kat Whatapps

1. Pastikan app whatsapp update pada lastest version

Tulisan BOLD
~~~~~~~~~
Utk tulisan BOLD hanya perlu letak * pada awal dan akhir perkataan
Contoh = *nak bold*

Tulisan ITALICS
~~~~~~~~~
Utk tulisan ITALICS hanya perlu letak underscore _  pada awal dan akhir perkataan
Contoh =   _nak italics_

Tulisan TILDE
~~~~~~~~
Utk tulisan yg ada tilde hanya perlu letak ~ pada awal dan akhir perkataan
Contoh : ~nak tilde~

Ce cuba. Ce cuba 😘
Selamat berjaya!

Thursday, 19 May 2016

Set Gelang Ibu dan Anak

Assalamualaikum..
Salam Jumaat  πŸŒΈπŸŒ»

Hari ni kita nak ajak korang cuci mata lg ngan koleksi kraf..
Rm20/set tak masuk postage ye 😊
Meh tengok  πŸ‘€πŸ‘€

 White Pink

 Black Red

 Grey Purple

 Grey Turquoise

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Warna korang boleh pilih sendiri 😍

Nak macam ni?
πŸ“±πŸ“ž 0127487236 Norlin 🌸

Tasbih Doorgift

Assalamualaikum..

Mini Tasbih 33 biji cantik, menarik dan berguna. Kombinasi 2 warna glass pearl yg menarik.. Korang boleh tempah ikut citarasa korang  πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Jom cuci mata πŸ‘€πŸ‘€

 Proses memanik

 Antara tasbih mini yang da siap
1-20pcs Rm3.00
50pcs Rm 2.50
100pcs ke atas Rm2.00
500pcs ke atas Rm1.00



 Tasbih mini tali (payah sikit nak memaniknya  πŸ˜)




Tasbih charm bunga & Tasbih tali
Rm5/pcs
(Beli borong harga boleh runding  πŸ˜†πŸŒΈ )
πŸ“±πŸ“ž0127487236

Wednesday, 18 May 2016

Bunga Manik Bonsai Mini Edition

Assalamualaikum..

Lama giler rasanya daku meninggalkan blog ni.. Bukan kat bersawang je dah berkarat skali kot πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Diamku bukan beerti haku retired dunia kraft.. hade ni ha.. meh cuci mata kraft yg haku buat.. FYI haku baru je abis pantang.. Tu yg tak berapa nak bekraft sgt.. Now im back 😝 (ceh ceh alasan je tu, kalo malas nak hupdated tu ckp je la!)

Ok. Stop bebel. Jom cuci mata πŸ‘€πŸ‘€





Mini Bonsai Rm35.00 tak termasuk postage

Ni Feedback dr customers 😍😍😍

So sesapa yang berminat dan mencari hiasan meja yg harga mampu beli boleh watsapp Norlin +60127487236


Tuesday, 28 July 2015

Bagaimana Nak Istiqomah Dalam Amalan.

Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua.. Hari ni k.n nak share satu amalan yg sangat baik utk kita istiqomah dalam amalan yg kita lakukan..

Nak lebih details boleh to ton video dibawah.. Semoga bermanfaat utk kita dunia  akhirat.. In shaa Allah..


Saturday, 11 July 2015

Blogwalking Hari Ni : Sue Suka Susun

Assalamualaikum selamat petang.. Sementara nak tunggu waktu utk start memasak.. K.n nak citer sikit ni.. Dari pg tadi k.n mengoggle ler bab3 nak kemas memgemas susun menyusun atur mengatur ni.. Sebab da serabut pale otak nengok bilik asyik sepah je.. Kemas tak sampai 5 minit.. Masuk je kaum Super hero and heroin Avengers, habis.. kapal Karam ler jawabnya..

Jalan punya jalan k.n jumpa pulak blog Sue suka susun.
(Maap la ye.. K.n screenshot je)

1st time pandang dah jatoh hati.. sebabnya blog sue sgt kemas, pastu yg paling k.n suke bila tang susun atur rumah dia.. Memang tersusun sgt.. Banyak gak tips yg dia share.

Pastu bila skodeng fb dia, rupanya dia ada buat design blog, flyers name card dan seangkatan dgnnya..

So sesiapa yg kekeringan idea atau nak booster mcm k.n.. Sila la ke blog Suesukasusun.. Mesti korg pun semangat pas tu.. Dah skodeng umah org tu, follow le skali :)

Jazakallah hu qhairan pada yg sudi membaca, mengomen silent reader or sesapa je yg tersesat kat blog k.n  ni.. Semoga Allah merahmati hidup korang semua.. Aminnn.. Selamat berbuka..


Thursday, 9 July 2015

Kisah Teladan Kisah Si Rusa Yg Baik

  Assalamualaikum slmt ptg.. Sementara tunggu En Asben ngan Mil balik bazar Meh k.n nak story satu cheritera... Wah dah mcm bacakan ank buku pulak..
  BE PATIENTS AND READ SLOWLY ekh.. Bulan Ramadhan kan mengajar kita utk lebih banyak besabar..

Tazkirah tasauf:


Seekor Rusa yang BAIK mati hanya gara2 sebuah kata2...

1. Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.
Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang : "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."

4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."

5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos  : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...

Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.                                    

Renung2kanlah...

#So moral of the story.. Sbb skrg kita berada di dunia yg 'SEMUANYA DIHUJUNG JARI'. Banyak story yg kuar dlm media sosial yg tak betul dr yg betul. Tanpa kita sedar, benda yg kita viralkan tu sebenarnya akan memburukkan/ mengaibkan yg lebih teruk dan dahsyat boleh jadi Fitnah.. Allahhuakhbar.. Jadi kita pun janganlah sesuka hati gatal tangan p share benda2 yg kita pun tak tau betul atau tak..
Jazakallah hu qhairan ye semua yg sudi baca.. Kalo ada tertypo tu maaf la ye.. Maklum ler jari akk lebih gebu dr keypad hp ni.. ngeee~