Assalamualaikum slmt ptg.. Sementara tunggu En Asben ngan Mil balik bazar Meh k.n nak story satu cheritera... Wah dah mcm bacakan ank buku pulak..
BE PATIENTS AND READ SLOWLY ekh.. Bulan Ramadhan kan mengajar kita utk lebih banyak besabar..
Tazkirah tasauf:
Seekor Rusa yang BAIK mati hanya gara2 sebuah kata2...
1. Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.
Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang : "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."
2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."
3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."
4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."
5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."
6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."
7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...
Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.
Renung2kanlah...
#So moral of the story.. Sbb skrg kita berada di dunia yg 'SEMUANYA DIHUJUNG JARI'. Banyak story yg kuar dlm media sosial yg tak betul dr yg betul. Tanpa kita sedar, benda yg kita viralkan tu sebenarnya akan memburukkan/ mengaibkan yg lebih teruk dan dahsyat boleh jadi Fitnah.. Allahhuakhbar.. Jadi kita pun janganlah sesuka hati gatal tangan p share benda2 yg kita pun tak tau betul atau tak..
Jazakallah hu qhairan ye semua yg sudi baca.. Kalo ada tertypo tu maaf la ye.. Maklum ler jari akk lebih gebu dr keypad hp ni.. ngeee~

No comments:
Post a Comment